Hayatilah Nurul Huda Bt Ab Rahman.......
YA ALLAH,
Ya tuhanku yang maha pengasih,
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Didunia dan diakhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Janganlah engkau biarkan aku sendirian,
Didunia ini mahupun diakhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan,
maka YA ALLAH,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina,
Kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.
YA ALLAH Berikanlah kami kebahagiaan,
Didunia dan diakhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka..
YA ALLAH,
Kau ketemukanlah aku dengan insan yang
boleh Membimbingku, menyayangiku,
menggembirakanku, dan ikhlas padaku,
Jika diri ini masih daif,
Kau berikanlah aku,
Ketenangan untuk diri ini kembali padamu,
Untuk menjadi lelaki/wanita yang soleh/solehah.
YA ALLAH
Seandainya kau telah catatkan,
Dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagiaan itu abadi..
YA ALLAH,
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini,
Ketetapan yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.
Tetapi YA ALLAH,
Seandainya engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
YA ALLAH,
Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya.
YA ALLAH yang Tercinta,
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.
YA ALLAH Yang MAha Mengetahui,
Segala sesuatu dilangit dan dibumi,
Engkaulah yang melimpahkan rezeki,
Buat hambaMu ini,
Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku,
Maka aku redha, Atas segala ketetapanMu,
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...
AMIN YA RABBAL ALAMIN......
~someone emailed me and read the DOA last night.......
aku aminkannn...
luv : bootet_nuruL